Alat Untuk Melukis di Kertas (Tradisional)

Alatan Melukis Tradisional

Alat Asas

Saya ingin kongsikan beberapa alat untuk melukis di kertas komik dan kartun. Sebenarnya anda boleh sahaja bermula dengan apa yang ada di sekeliling anda. Tak kira sama ada professional ataupun amatur, inilah beberapa alatan asas yang boleh disediakan untuk bermula.

Anda minat melukis tapi rasa tiada alat yang lengkap seperti pelukis professional? Jangan risau, sebenanya anda boleh bermula dengan apa yang ada di sekeliling anda terlebih dahulu. Sediakan yang asas sahaja untuk bermula.

1. Pensel

Pensel untuk adalah alat paling utama dalam menghasilkan draf lakaran lukisan kartun dan komik. Hasil garisan lakaran ini kemudian akan dikemaskan dengan pen lukis. Dengan lakaran pensel, kita akan rasa bebas untuk menconteng secara rawak dengan idea yang datang. Ia adalah proses untuk mencipta sesuatu tanpa perlu terlalu memikirkan pada setiap garisan lakaran yang dibuat menggunakan pensel.

2. Pen Lukis

Ada pelbagai jenis pen yang boleh digunakan antaranya pen teknikal, brush pen, G-pen. Namun tidak terkecuali juga ballpen ada yang menggunakannnya. Pen lukis ini digunakan untuk mengikuti garisan lakaran bagi mengemaskan lukisan. Berbeza dengan proses lakaran menggunakan pensel, proses inking adalah proses yang ‘stress’ bagi sesetengah artis kerana garisan inking perlu mengikut garisan lakaran. Ini kerana, satu garisan yang tersilap, boleh merubah lukisan tersebut lebih-lebih lagi pada bahagian muka.

3. Pemadam

Pemadam digunakan untuk memadam lakaran yang salah jika tersilap saiz, kedudukan, panel lukisan komik. Pemadam banyak digunakan pada proses lakaran lukisan terutamanya detail sketch. Lakaran yang kemas memudahkan proses inking lukisan komik anda dan menjimatkan lebih banyak masa.

4. Kertas A4

Pemilihan kertas juga penting dalam menghasilkan komik. Tekstur kertas dan ketebalan kertas menjadi faktor utama dalam mempersembahkan lukisan. Pemilihan kertas yang tidak sesuai menjadikan ink dakwat pen akan mengembang kerana serapan kertas tersebut dan menjadikan garisan tidak menjadi seperti yang diinginkan. Saranan saya, kertas standard A4 berketebalan 80 gsm sudah memadai dan tekstur permukaan yang licin bagi memudahkan proses inking garisan.

Namun kertas yang nipis boleh digunakan sebagai rujukan dialog.

5. Marker Pen

Pen lukis tidak sesuai untuk digunakan untuk mewarnakan hitam dalam lukisan kerana memelurkan kuantiti ink yang banyak dan membuanng banyak waktu kerana saiz mata pen lukis adalah bersaiz kecil. Marker pen sebagai pengganti yang sesuai kerana mata pennya yang besar dan boleh mewarnkan dalam masa yang singkat.Pen marker digunakan untuk mewarna seperti rambut, seluar, bayang- bayang dan lukisan objek yang ingin dihitamkan.

6. Correction Pen

Correction bertindak sebagai penutup cacat cela garisan inking. Pen magis yang membetulkan lukisan seeperti garisan atau warna hitam yang terlebih sewaktu proses inking.

Kesimpulan

Sudah bersedia untuk melukis? Sediakan peralatan melukis anda dan lukis apa yang anda ingin lukis dengan hanya menggunakan 6 alatan asas ini. Di masa akan datang boleh invest untuk lebih peralatan demi efek dan hasil yang lebih menarik pada lukisan kartun dan komik hitam putih anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × one =

Recommended Articles

You cannot copy content of this page