Bimbingan kelas seni komik untuk kanak-kanak. Pelajari teknik lukisan, bina watak dengan mendalam dan susun jalan cerita dengan cara mudah hingga tercipta komik hasil kreativiti peserta.
Fasa 1: Melukis Watak
Fokus kepada pembinaan asas watak, merangkumi anatomi, ekspresi wajah, pakaian, dan aksi dinamik.
Fasa 2: Dunia Kartun
Melatih peserta membina persekitaran (latar belakang), perspektif, objek, dan suasana untuk menghidupkan cerita.
Fasa 3: Cerita Komik
Mempelajari teknik penceritaan, susun atur panel (layout), penggunaan belon dialog, kesan bunyi, dan thumbnailing.
Fasa 4: Komik Saya
Peringkat penghasilan projek komik akhir, pembentangan hasil kerja, sesi maklum balas, dan meraikan pencapaian.
Silibus Eksklusif (8–16 Tahun):
Kurikulum yang dirangka khas untuk mencungkil bakat kreatif anak anda mengikut kesesuaian umur.
Interaksi Live & Personal:
Sesi pembelajaran secara langsung bersama tenaga pengajar—terus tanya jika ada soalan atau cara nak lukis!
Komuniti Kartunis Muda:
Ruang untuk berkongsi minat yang sama bersama rakan-rakan baru yang kreatif.
Kelas Berkumpulan Kecil (Small Group):
Fokus yang lebih mendalam untuk setiap peserta bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga.
Pembelajaran Step-by-Step:
Setiap sesi dilengkapi latihan praktikal yang mudah diikuti, dari lakaran asas sehingga terhasilnya komik sendiri.