Bengkel Melukis Komik Anjuran bersama Kolej Komuniti Gopeng dan Kaherkartun Studio

Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Melukis Komik pada hari Sabtu yang lepas, 18 Oktober 2025 bertempat di Kolej Komuniti Gopeng, RTC Gopeng.

Bengkel Melukis Komik ini adalah kerjasama di antara Kaherkartun Studio dan Kolej Komuniti Gopeng yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta.

Tahniah kepada para peserta kerana berjaya siapkan dua buah projek komik di akhir bengkel, semuanya sangat berbakat dan bersemangat. Moga ilmu yang dikongsi terus bermanfaat buat para peserta.

Ada rezeki boleh jumpa lagi di lain masa inshaAllah!

Pautan: https://www.facebook.com/photo?fbid=1450635719824869&set=a.719838646237917

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *